Emas Putih
Teknologi aloi emas putih
Apa itu emas putih? Adakah emas putih ialah satu emas yang istimewa? Adakah emas putih mengandungi emas? Adakah platinum itu emas putih? Berikut adalah merupakan soalan-soalan yang sering ditanya berkenaan dengan hal emas putih. Sebenarnya emas putih bukanlah sejenis emas yang istimewa (anda tidak mungkin akan mendapat emas putih tulen 24 karat). Emas putih sering disalah anggap sebagai platinum. Platinum adalah sejenis logam tulen (simbol kimia, Pt) yang berwarna putih seperti perak. Emas putih adalah aloi emas dengan campuran logam lain yang menyerlahkan warna putih. Logam dalam aloi emas ini dipilih dan dicampurkan dengan kadar yang sesuai bagi mendapatkan warna putih yang dapat melunturkan warna kuning emas.
Proses pembuatan emas putih ini telah lama dipraktikkan bermula sejak 1920-an sebagai pengganti platinum. Pada hari ini, emas putih begitu popular dan boleh didapati dari 9 sehingga 21 karat. Emas putih seringkali digunakan untuk menaikkan kilauan diamond dan juga batu permata yang berwarna. Selain itu, cincin yang diperbuat dari emas putih menjadi pilihan dalam pertunangan dan perkahwinan.
Jika tembaga menaikkan warna merah pada emas, logam seperti perak, zink, palladium, nikel, rhodium, platinum, dan indium boleh menaikkan warna putih pada emas. Secara praktikal, nikel dan palladium (termasuk platinum, rhodium, dan indium) merupakan "peluntur" warna kuning asal pada emas yang kuat manakala perak dan zink merupakan "peluntur" yang sederhana. Lain-lain logam tidak mempunyai kesan yang kuat mahupun sederhana dalam memberikan warna putih pada emas.
Ini secara tidak langsung memberikan dua jenis kelas emas putih; Nickel whites dan Palladium whites. Nikel dan palladium merupakan logam yang dapat menukar warna emas secara keseluruhan bergantung kepada nilai karat emas. Lebih rendah nilai karat, lebih banyak logam lain dapat dicampurkan dan bermaksud lebih putih warnanya. Seperti yang diterangkan di atas, emas putih boleh didapati sehingga 21 karat.
Emas 9 karat (37.5%) yang juga dikenali sebagai suasa contohnya, dengan campuran sehingga 63.5% perak, emas 9 karat boleh menjadi putih dan mudah ditempa (mengekalkan ciri ductiliy). Emas putih jenis ini sering digunakan dalam membuat barang kemas dan boleh didapati dalam nilai karat 10, 12 dan 14). Emas putih dalam nilai 10 karat juga boleh menyerlahkan warna putih yang baik dengan nisbah campuran emas : perak. Sesetengah tukang emas mengklasifikasikannya sebagai k-white satu istilah campuran emas putih yang mempunyai kurang kandungan emas (33.3% - 41.6%). Rujuk suasa.
Sehingga hari ini, tiada definisi undang-undang berkaitan dengan emas putih, jadi emas putih yang dijual tidak semestinya mempunyai warna putih seperti platinum atau perak. Banyak emas putih yang asalnya tidak begitu putih (terdapat juga dalam warna kuning pucat). Malah di negara ini, platinum juga adakalanya disebut sebagai emas putih oleh mereka yang tidak faham berkenaan dengan metalurgi emas putih.
Proses pembuatan emas putih
Emas putih terhasil dengan campuran logam yang berwarna putih atau sedikit kelabu dalam aloi emas. Palladium whites dan nickel whites mempunyai komposisi mekanikal yang berlainan walaupun kedua-duanya menghasilkan warna putih pada emas. Nickel whites mempunyai kekerasan yang tinggi menjadikannya agak sukar untuk diproses. Palladium pula menghasilkan emas putih yang mudah untuk diproses dan ditempa tetapi mempunyai harga yang tinggi kerana logam palladium yang mahal. Di dalam pembuatan palladium whites atau nickel whites, tembaga akan ditambah bagi "mengikat" ion-ion logam untuk mengekalkan warna putih. Pada nilai karat 8 hingga 10 (33.3% - 41.6%) emas putih yang terhasil dari campuran emas-perak mudah ditempa dan sering digunakan sebagai barang kemas dan perhiasan kerana harganya yang murah.
Nickel white golds (Emas putih nikel)
Nikel dicampur bagi membentuk aloi emas yang kuat dan keras boleh didapati dalam nilai sehingga 18k. Emas putih nikel ini sukar untuk diproses dan sering menghasilkan kesan kecacatan yang digelar firecracking iaitu kesan seperti retakan apabila ditempa pada suhu yang tinggi. Bagi mengelakkan masalah ini, kebanyakan produk emas putih nikel yang dikomersilkan di pasaran pada hari ini mengandungi campuran emas - nikel - perak - zink bagi meningkatkan malleability (faktor kemuluran bagi proses tempaan). Walaubagaimanapun, warna putih yang terhasil tidak begitu putih dengan ton warna kuning pucat terutama sekali jika kandungan nikel yang sangat rendah. Bagi menutup kecacatan ini, kebanyakan barang kemas dari emas putih nikel ini dilakukan proses electroplated (proses penyaduran secara elektro-kimia) dengan logam rhodium (sejenis logam dari kumpulan platinum) bagi menambahkan kilauan warna putih.
Walaubagaimanapun, terdapat isu penting yang timbul berkenaan dengan penggunaan logam nikel dalam membuat barang kemas. Kebanyakan orang terutamanya wanita (12 hingga 15% dari populasi) mengalami alahan dan kesan sensitif terhadap nikel. Kesatuan Eropah (EU) telah membuat undang-undang berkaitan penggunaan nikel yang telah digunapakai sejak 20 Januari 2000 di bawah EU Nikel Direktori. Di Eropah, emas putih untuk barang kemas tidak boleh mengandungi nikel dan membenarkan emas putih dengan kandungan palladium. Walaupun begitu, emas putih dengan kandungan nikel yang berada di dalam tahap yang dibenarkan masih lagi dijual di pasaran Eropah. Begitu juga dengan China dan Jepun. Kedua-dua negara ini turut menghalang penggunaan nikel di dalam emas putih. Amerika Syarikat pula mengambil pendekatan yang lebih ringan dimana emas putih dengan kandungan nikel boleh dijual tetapi perlu dilabelkan dengan "nickel-containing jewellery" (barang kemas dengan kandungan nikel). Di Malaysia, masih belum terdapat undang-undang berkaitan dengan kandungan nikel dalam emas putih.
Jadual di bawah menunjukkan emas putih dengan kandungan nikel:

Ct
|
Emas,
% wt |
Tembaga,
% wt |
Nikel,
% wt |
Zink,
% wt |
Kekerasan
Hv |
Liquidus
°C |
18ct
|
75
|
2.2
|
17.3
|
5.5
|
220
|
960
|
75
|
8.5
|
13.5
|
3.0
|
200
|
955
| |
75
|
13.0
|
8.5
|
3.5
|
150
|
950
| |
14ct
|
58.5
|
22.0
|
12.0
|
7.4
|
150
|
995
|
10ct
|
41.7
|
32.8
|
17.1
|
8.4
|
145
|
1085
|
9ct
|
37.5
|
40.0
|
10.5
|
12.0
|
130
|
1040
|
Emas putih nikel boleh didapati di pasaran dari 18 karat sehingga 9 karat. Semakin rendah nilai karat, semakin rendah kekerasannya tetapi takat leburnya (liquidus) meningkat.
Palladium white golds (emas putih palladium)
Pertambahan logam palladium sebanyak 10 hingga 20% pada emas boleh menaikkan warna putih. Walaubagaimanapun, palladium merupakan logam yang sangat mahal dan juga merupakan logam berat (heavy metal). Jadi, emas putih dengan kandungan palladium lebih mahal kerana dua faktor; pertama harga logam palladium yang mahal dan kedua kesan dari ketumpatan palladium - emas putih dari palladium lebih berat dan mengandungi lebih emas. Proses membentuk emas putih palladium juga sukar kerana takat lebur palladium yang lebih tinggi dari emas (suhu yang sangat tinggi diperlukan untuk melebur emas putih palladium).
Kebanyakan emas putih palladium hanya mengandungi 6 hingga 10% palladium yang di campur dengan perak, zink, dan tembaga. Sesetengahnya juga masih mengandungi nikel (ini tidak bermaksud emas putih palladium seharusnya bebas dari nikel). Walaupun begitu, logam perak juga ditambah ke dalam emas putih palladium untuk mengurangkan keperluan logam nikel. Emas putih palladium dan emas putih perak mempunyai harga yang lebih baik dari emas putih nikel. Terdapat juga emas putih platinum dengan kadar campuran emas 75% dan platinum 25% yang merupakan emas putih yang sangat mahal. Jika kandungan palladium kurang daripada 15%, emas putih palladium tidak akan menjadi putih sempurna. (Nota: jika palladium ditambah 20% hingga 40%, emas putih palladium tidak memerlukan saduran rhodium kerana warna putihnya yang sempurna). Proses penyaduran dengan rhodium digunakan bagi menyerlahkan kilauan warna putih pada emas putih palladium yang mempunyai kandungan palladium kurang dari 15%. Walaupun begitu, perak atau zink atau kedua-duanya sekali ditambah bagi mengimbangi warna putih. Emas putih palladium boleh didapati di pasaran sehingga 21k. Emas putih palladium lebih mudah untuk ditempa berbanding emas putih nikel.
Jadual di bawah menunjukkan emas putih dengan kandungan palladium:
Panduan: Au- emas; Pd- palladium; Ag- perak; Cu - tembaga; Zn - zink, Ni - nikel. [Dalam berat %]. Ker - kekerasan, Liq - liquidus (dalam keadaan cair).
Emas putih sering disadur dengan rhodium

Au
|
Pd
|
Ag
|
Cu
|
Zn
|
Ni
|
Ker,
Hv |
Liq,
°C |
18ct
|
75
|
20
|
5
|
-
|
-
|
-
|
100
|
1350
|
75
|
15
|
10
|
-
|
-
|
-
|
100
|
1300
| |
75
|
10
|
15
|
-
|
-
|
-
|
80
|
1250
| |
75
|
10
|
10.5
|
3.5
|
0.1
|
0.9
|
95
|
1150
| |
75
|
6.4
|
9.9
|
5.1
|
3.5
|
1.1
|
140
|
1040
| |
75
|
15
|
-
|
3.0
|
-
|
7.0
|
180
|
1150
| |
14ct
|
58.3
|
20
|
6
|
14.5
|
1
|
-
|
160
|
1095
|
58.5
|
5
|
32.5
|
3
|
1
|
-
|
100
|
1100
| |
10ct
|
41.7
|
28
|
8.4
|
20.5
|
1.4
|
-
|
160
|
1095
|
9ct
|
37.5
|
-
|
52
|
4.9
|
4.2
|
1.4
|
85
|
940
|
Panduan: Au- emas; Pd- palladium; Ag- perak; Cu - tembaga; Zn - zink, Ni - nikel. [Dalam berat %]. Ker - kekerasan, Liq - liquidus (dalam keadaan cair).
Emas putih sering disadur dengan rhodium
Sehingga kini, saduran dengan logam rhodium digunakan bagi menaikkan kilauan putih pada emas putih. Penggunaan rhodium sebagai saduran diterima pakai di seluruh dunia dan digunakan dalam industri pembuatan emas putih. Ini kerana emas putih tidak semestinya menampilkan warna putih yang sempurna dan memerlukan saduran rhodium bagi mencantikkan dan menambahkan kilauannya.
Rhodium merupakan logam dari keluarga platinum mempunyai ciri-ciri yang menampilkan kilauan pada warna putih metalik dan tahan pada kakisan. Dalam membuat saduran pada emas putih, proses electroplated coating digunakan dengan menyadur rhodium pada emas pada ketebalan 0.5 sehingga 5 micron. Saduran rhodium diterima pakai di seluruh dunia dengan sesetengah negara mengkehendakinya dilabelkan sebagai "rhodium plating jewellery" (barang kemas dengan saduran rhodium). Bagi pemakaian biasa, saduran rhodium boleh bertahan sehingga 3 tahun.
Rhodium agak poros dan menjadikannya mudah terhakis. Apabila membeli emas putih dengan saduran rhodium, pastikan barang kemas itu tidak terdedah kepada bahan kimia, asid atau alkali seperti bahan pencuci pakaian, pencuci pinggan, peluntur pakaian dan elakkan daripada penggunaan yang sangat lasak. Bagi mereka yang tidak mengetahui metalurgi emas putih dan rhodium, warna rhodium sering dirujuk dan disalah anggap sebagai warna sebenar emas putih kerana warna ini yang sering mereka lihat pada barang kemas yang diperbuat dari emas putih.
Rujuk panduan warna emas putih.
Gambar: Saduran rhodium dibuang bagi mendedahkan warna sebenar emas putih.

Di Malaysia khususnya, kita sangat jarang atau mungkin tidak pernah melihat barang kemas yang diperbuat dari emas putih dilabelkan sebagai "nickel-free" atau "non-allergic". Di Barat, label mengenai kandungan nikel di dalam emas putih diwajibkan kerana tertakluk pada undang-undang. Oleh kerana emas putih palladium begitu mahal, terdapat beberapa alternatif emas putih tanpa nikel berada di pasaran. Banyak rekaan baru emas putih kini ditambah dengan mangan (Mn) sebagai alternatif murah. Mangan boleh bertindak sebagai pemutih dengan bantuan logam lain yang dicampurkan dalam emas putih. Sesetengahnya pula masih menggunakan palladium tetapi dengan jumlah kandungan yang sedikit. Walaupun alternatif kepada emas putih ini tidak begitu putih, harganya agak murah berbanding dengan emas putih palladium. Dengan bantuan saduran rhodium, alternatif kepada emas putih yang murah ini juga boleh menjadi cantik. Jika rhodium mula terhakis, kebanyakan kedai emas yang menjual emas putih menyediakan perkhidmatan saduran semula rhodium.
Alternatif Murah Emas Putih?
Platinum merupakan pemutih yang paling baik dan berkesan untuk membentuk emas putih. Sejak dahulu lagi platinum digunakan bersama dengan logam palladium bagi membentuk campuran emas - platinum - paladium. Aloi emas yang dihasilkan mempunyai warna putih yang sempurna tanpa perlu disadur dengan rhodium. Namun demikian, harga platinum sangat mahal dan menjangkau dua kali harga emas. Di negara Jepun contohnya, emas putih mendominasi pasaran kerana harganya yang agak rendah sedikit berbanding platinum. Emas putih 18 karat yang mengandungi 75% emas, 10% platinum, 10% palladium, 3% tembaga, dan 2% zink sangat sesuai untuk digunakan di dalam pasaran barangan kemas mahupun industri. Harganya juga agak murah berbanding platinum dan sering menjadi pilihan sebagai logam putih yang berharga.
Penggunaan logam besi (ferum) telah dikaji sejak dahulu lagi untuk memberikan warna putih pada emas. Walaubagaimanapun, palladium masih lagi diperlukan dalam campuran itu untuk mengekalkan warna putih dan memudahkan kerja tempaan terutamanya untuk emas 14 karat. Gabungan emas - ferum ini memerlukan dua fasa proses yang berlainan yang boleh menyebabkan terjadi kemungkinan kepada masalah kekerasan dan kelemahan logam emas itu untuk bertahan kepada kakisan. Logam indium dalam jumlah yang kecil (2-3%) juga boleh menjadi peluntur warna emas untuk memutihkannya tetapi masih lagi memerlukan logam palladium. Satu kebaikan (atau mungkin juga kekurangan) logam emas putih hasil campuran emas - indium - palladium ini ialah takat leburnya yang rendah yang dapat membantu mengurangkan kesan palladium yang mempunyai takat lebur yang tinggi. Aloi emas putih indium ini masih lagi tidak dapat mengelakkan satu kelemahan; campuran indium yang tinggi meningkatkan kekerasan emas dan menjadikannya sukar untuk ditempa. Emas putih dengan pertambahan indium 2.5 hingga 7.5% mengurangkan ductility (keboleh tempaan) atau kesan keliatan seperti sifat plastik pada emas dari 5 hingga 30%.
Mangan, Mn seperti yang telah dibincangkan sebelum ini telah digunakan sebagai pemutih yang kini cuba dikomersilkan di dalam pasaran pada hari ini. Mangan membentuk satu aloi emas putih walaupun masih lagi memerlukan bantuan palladium dengan kadar minimum 5% sehingga 10%. Aloi emas putih yang terbentuk hasil campuran emas - manganese - palladium ini berwarna putih yang baik, lembut dan mudah ditempa. Walaupun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang tidak dapat dielakkan di sini. Aloi emas putih manganese boleh terkakis oleh kesan tekanan yang disebabkan oleh kakisan karbon (ini kerana karbon digunakan dalam proses penggabungan indium dengan emas putih manganese) yang boleh menyebabkan emas putih manganese menjadi rapuh dan mudah patah.
Seperti yang kita semua tahu, perak juga boleh memberikan warna putih pada emas walaupun perak hanyalah peluntur yang sederhana. Pada emas yang rendah nilai karatnya (8/9/10), perak boleh menjadi peluntur warna emas yang baik dan menjadikan warna putih pada emas yang menarik dan mudah ditempa. Sesetengah pengilang akan mencampurkan sedikit palladium, kuprum, zink, dan/atau nikel bagi memperbaiki sifat aloi ini. Aloi emas putih perak ini mempunyai warna dan sifat seperti sterling silver (perak 925).
Di kebanyakan negara termasuk Malaysia, telah terdapat undang-undang yang mengkehendaki emas putih dilabel dan dinyatakan kandungan logamnya seperti emas biasa, walaupun terdapat segelintir penjual tidak berbuat demikian. Begitu juga dengan saduran rhodium. Sebagai pengguna, kita perlu tahu jika emas putih yang dibeli disadur dengan rhodium. Ini kerana, dengan saduran rhodium kita tidak tahu bagaimana warna asal emas putih tanpa saduran. Emas putih yang baik tidak memerlukan saduran rhodium. Terdapat juga beberapa kekeliruan yang timbul apabila saduran rhodium mulai terhakis setelah dipakai beberapa lama (sesetengah emas putih yang murah akan berubah warna menjadi coklat). Ini secara tidak langsung menimbulkan isu kepercayaan pengguna terhadap penjual barang kemas yang didakwa cuba menipu. Sebagai langkah berjaga-jaga, kenalpasti penjual atau pengedar barang kemas yang bertauliah dan dikenali ramai. Dapatkan nasihat dari pakar berkenaan dengan metalurgi emas putih. Harus diingat juga apabila membeli emas putih, pastikan terdapat cop "hallmark" pada barang kemas yang dibeli (contoh 916 merujuk kepada emas 22k, 750 merujuk kepada emas 18k) dan dapat surat atau sijil yang menentu-sahkan kandungan emasnya. Seperti mana yang telah dinyatakan di atas, emas putih mempunyai harga yang berbeza-beza bergantung kepada logam campuran bagi membentuk emas putih. Emas putih platinum dan palladium sangat mahal kerana kedua-duanya merupakan logam yang sangat mahal. Emas putih nikel pula lebih murah dari emas putih palladium. Bagi membentuk pengguna yang bijak, kami mengesyorkan pembeli menimbangkan faktor-faktor pembuatan emas putih sebelum membeli emas putih.

No comments:
Post a Comment